Melayu Pulau Pinang - Di Permatang Zaman dan Perubahan

loading

Dalam buku bergambar Melayu Pulau Pinang ini, untuk pertama kalinya diperkenalkan masyarakat Melayu Pulau Pinang dari pelbagai sudut kehadiran dan kehidupannya. Dari sejarah kepada persekitaran, dari falsafah alam dan ucapan sasteranya, dan dari kegitan ekonomi kepada ekspresi intelektualnya. 

Prof Muhammad Haji Salleh, penduduk Pulau Pinang, sarjana tempatan dan Sasterawan Negara, melukiskan sebuah pemerian pengenalan yang lengkap serta berwarna-warni, yang melukis jiwa dan budaya melayu di negeri yang dinamik ini.